Sunday, December 12, 2010

Prawn Tikka

Haaaa...yang ni masakan india punya mari....very simple la macha....sosuai untuk wat BBQ, try buat tengok!!


Bahan-bahannya:

- 1.5 kg udang (di buang kulit dan dibiarkan ekor)
- 1 1/2 cawan tairu
- 3 sudu besar tomato puree
- 3 sudu teh serbuk jintan manis
- 3 sudu teh serbuk cili
- 9 biji cili hijau (dimayang halus)
- garam secukup rasa

Cara-caranya:

1- Perap udang dengan semua bahan dalan 1 jam, Selepas perap, cucuk udang dengan lidi dan panggang dengan api yang sederhana.

2- Lebihan perapan tadi di masak atas api dan curahkan atas udang ketika menghindang.

No comments:

Post a Comment