Thursday, December 2, 2010

Ayam Percik Special

Assalamualaikum...haaa ni la resepi yang simple, bagi orang2 yang masih tercari-cari resepi nih, try la wat perlahan2. Insyaallah menjadi...

SOLAMAT MENCUBO YO!


BAHAN-BAHANNYA :-

- 1 ekor ayam (yang di potong 4 bahagian dan di kelar sedikit)

Bahan A (di kisar dengan sedikit air) :-

- 3 batang serai
- 2 inci halia
- 3 biji bawang putih
- 4 biji bawang merah

Bahan B :-

- 1 1/2 cawan air asam jawa pekat
- 7 sudu besar gula (ikut suko ekau lah)
- Garam secukupnya

Bahan C :-

- 6 sudu besar cili kering yang telah di kisar (nak pedas leh tambah lagi) 
- 1 cawan santan pekat


CARA-CARANYA:-

1-     Panaskan kuali dengan minyak (jgn lobih2 kang berlomak), tumiskan bahan A sehingga wangi dan kering. Kemudian masukkan gula, bila kuah agak pekat, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

2-     Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau rata serta tambahkan garam. Biarkan ayam separuh masak. Kemudian masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat.

3-     Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi ke dalam bekas lain. Kacau lagi kuah yang tinggal hingga pekat. Tutup api.

4-     Sekarang bolehlah dibakar ayam tadi sambil curahkan sedikit kuah ke atas ayam. 

(Reminder: Jangan bakar ayam terlalu lama kerana ayam tadi dah separuh masak)

No comments:

Post a Comment