Saturday, December 4, 2010

Deep Fry Chicken Chop with Mushroom Sauce

Ramai orang tanyo den macam mano nak buek chicken chop...tak susah sebona nyo, cumo caranyo leceh sikit la...biasonyo ayam tu kito guna tang poho (peha) sbb tang situ isinyo lombut...sonang nk potong..takpo ekau try buek pelahan2 ok...insyaallah jadi punyo...moh kito masak ala omputih.



Bahan-bahan untuk chicken chop:-

- 1 atau 2 peha ayam yang telah dibuang tulang (nk sng boli kt NSK Selayang tu, yang dh siap buang tulang)\
- Tepung gandum untuk saduran
- Breadcrumb (serbuk roti yang warna oren tu)
- 2 biji telur (yg telah digodak siap)
- sedikit garam, lada sulah atau lada hitam.

Cara-caranya:-

1-   Perap ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan lada sulah atau lada hitam. Biarkan selama 5 minit.

2-   Setelah perap, sadurkan ayam dengan tepung, kemudian celup dalam telur, selepas itu sadur lagi dengan breadcrumb tadi

3-   Goreng ayam yang telah disadur tadi dengan cara deep fry. Dah masak tu angkat.

Mushroom Sauce

Bahan-bahannya:-

- 5 g bawang putih dan 10 g bawang merah (dicincang halus)
- 100 g cendawan butang (di hiris)
- 0.5 liter stok perang
- 1 atau 2 sudu besar cooking cream
- sedikit minyak atau butter
- garam dan lada sulah

Cara-caranya:

1-  Panaskan minyak atau butter. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

2-  Masukkan cendawan butang, kacau lagi. Kemudian masukkan stok perang dan biarkan mendidih untuk beberapa minit.

3-  Perasakan dengan garam dan lada sulah. Last, masukkan cooking cream untuk pekatkan kuah. Hidangkan dengan chicken chop tadi.

(Reminder: hidang dgn salad dan french fries atau kentang putar)

No comments:

Post a Comment