Sunday, December 19, 2010

Gulai Asam Rabuh

Lauk ni sesuai bona untuk anak-anak yang baghu blaja makan nasik, mano la tau budak eh tu selamo ni asik makan masakan omputih...hehehe...kepado ibu yang dalam pantang tu elok bona la makan lauk ni dongan bubur paneh...sodap woi!

Bahan-bahannya:

- 500 g ikan sela kuning atau ikan tenggiri
- 2 cawan air
- 1 biji bawang besar dibelah empat
-1/2 helai daun kunyit
- 4 biji cili hijau
- 2 keping asam gelugur (asam keping)
- 1 biji tomato

Bahan untuk dikisar:

- 4 biji bawang kecil
- 2 biji bawang putih
- 1/2 ibujari halia
- 1/2 ibujari kunyit
- garam secukupnya

Cara-caranya:

- Ikan dibersihkan, bahan yang telah dikisar dimasak dengan air sehingga mendidih. Masukkan ikan dan bahan-bahan yang lain. Kacau hingga masak.

Sunday, December 12, 2010

Prawn Tikka

Haaaa...yang ni masakan india punya mari....very simple la macha....sosuai untuk wat BBQ, try buat tengok!!


Bahan-bahannya:

- 1.5 kg udang (di buang kulit dan dibiarkan ekor)
- 1 1/2 cawan tairu
- 3 sudu besar tomato puree
- 3 sudu teh serbuk jintan manis
- 3 sudu teh serbuk cili
- 9 biji cili hijau (dimayang halus)
- garam secukup rasa

Cara-caranya:

1- Perap udang dengan semua bahan dalan 1 jam, Selepas perap, cucuk udang dengan lidi dan panggang dengan api yang sederhana.

2- Lebihan perapan tadi di masak atas api dan curahkan atas udang ketika menghindang.

Beef Green Pepper

Hai..hoi..hai....ekau sumo suko tak makan masakan ala cino...hehe, kalo suko buleh la try buek sondiri..tak payah susah payah poie makan kek kodai...hahaha...cubo la buek sendiri jgn maleh masak!




Bahan-bahannya:

- 1 kg daging batang pinang (di hiris nipis)
- 2 biji lada benggala (di potong panjang)
- 2 ulas bawang putih dan 5 cm halia dicincang halus
- 4 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar kicap cair
- 4 sudu besar tepung jagung yg telah dicampur air
- 2 sudu teh gula, garam dan lada sulah untuk perasa

Cara-caranya:

1- Perapkan daging dengan garam, gula serta lada sulah selama 1 jam.

2- Setelah perap, goreng daging dengan api yang besar. Kemudian angkat dan asingkan.

3- Tumiskan bahan yang telah dicincang halus hingga kekuningan, kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair.

4- Masukkan daging dan lada benggala dan kacau rata. Perasakan secukupnya dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Tuesday, December 7, 2010

Peanut Rice Crisp Ball

Menu ni sonang nak buek, tak payah bakar pakai oven cumo kono gentel jo, menu ni biaso dijadikan sobagai snek minom potang...tapi hati-hati snek ni tak buleh makan selalu sobab menatang ni manih, silap hari bulan kang ado yang kono potong kaki...haa nanti kang sapo yang nak jawap... sesuai untuk monjamu tetamu terutamo nak pikat hati omak mentuo, kompom jadi menantu punyo! hahaha...


Bahan-bahannya:

Bahan A:
- 100 g mentega
- 100 g peanut butter halus
- 60 g gula aising
- 60 g kacang tanah panggang (ditumbuk)
- 90 g beras rangup (crisp rice)

Bahan B:
- 150g coklat kompaun
- 50 g minyak jagung
- 100 g kacang tanah panggang (ditumbuk)

Cara-caranya:

1- Adun bahan A hingga sebati, simpan dalam peti sejuk selama 2 jam atau biarkan ia menjadi keras.

2- Setelah keras bentukkan menjadi bebola berukuran 1 inci dan simpan dalam peti sejuk semula selama 1 jam

3- Cairkan coklat kompaun dan campurkan dengan minyak jagung.

4- Selaputkan bebola tadi dengan coklat dan kacang tanah panggang yang telah ditumbuk. Biarkan keras kemudian hidangkan.

Monday, December 6, 2010

Bolognise Itamel Sauce (Itali + Melayu)

Resepi asal bolognise ni den dah gubah ikut selero tokak orang melayu kito...macam biaso la kito orang melayu suko sangat makan makanan yang podeh, selagi tak tobakar lidah tu ghaso macam takdo kick...hahaha...so moh kito cube buek...ala sonang jo.



Bahan-bahannya:

Bahan untuk dikisar:
- Segenggam cili kering yang telah di rendam dan dibersihkan
- 2 atau 3 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 atau 2 cawan air

Bahan-bahan lain:
- 1 botol besar paste bolognise (Prego)
- 1 tin Heinz tomato soup
- 1 mangkuk cendawan butang yang di hiris
- 1 mangkuk daging cincang
- 1 cawan stok ayam
- 3 tangkai daun sup di cincang
- herba Oregano
- garam dan lada sulah untuk perasa

Cara-caranya:

1- Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar dan daging cincang hingga pecah minyak macam buat sambal tu, kemudian masukkan cendawan dan kacau lagi.

2- Bila kuah sudah pekat, masukkan paste bolognise (Prego), stok ayam dan Heinz tomato soup serentak. Masak lagi hingga pekat.

3- Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, masukkan daun sup dan perasakan dengan oregano dan sedikit garam dan lada sulah ikut citarasa masing-masing. Biarkan kuah mendidih lagi 5 minit. Tutup api dan hidangkan dengan spagetti atau macaroni.



Pecan Chocolate Chip Cookies

Kali ni kito buek biskut....asik momasak jo...yang snek pun kito nak try jugak kan?...moh kito cari bahan.


Bahan-bahannya:-

Bahan A:
- 100 g gula
- 110 g gula perang
- 1/4 sudu teh garam
- 100 g mentega
- 60 g majerin
- 1 sudu teh madu

Bahan B:
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan C (diayak):
- 200 g tepung
- 1/2 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
- 1/2 sudu teh serbuk soda

Bahan D:
- 100 g kacang pecan di cincang
- 100 g cip coklat

Cara-caranya:-

1- Putar bahan A hingga lembut, campur bahan B dan putar hingga sebati.
2- Tambahkan bahan C yang telah diayak dalam adunan tadi sampai sebati. Matikan mixer.
3- Akhir sekali campurkan bahan D dan gaul sama rata.
4- Titiskan 1 sudu kecil ke dulang pembakar (tray) yang telah di gris.
5- Bakar pada suhu 170'c selama 15-18 minit.

(Reminder: kalo taknak pakai kacang pecan, boleh gantikan almond. Tapi almond tu panggang dulu baru sedap. Lagi satu kalo takut biskut overbake or hangus, bakar pada suhu rendah pastu kalo nak tau biskut tu dah masak ke belum, ketuk tray tu then terbalikkan 1 biji biskut, cucuk tapak biskut tu dgn garpu skit. Kalo biskut tu melompat dan tapak biskut tu dah keras makna nya dah masak la tu, kalo masih melekat or lembut tu belum masak lagi la tu.)

Saturday, December 4, 2010

Kelapo Vanilla Shake

Ni minuman yang buleh menghilangkan koring di tokak korang...mmg sodap sangat...simple jo nk buek shake ni...sodap di minum maso tongah paneh...den sendiri pun high bilo minum air...try laa, kompom korang suko punyo!






Bahan-bahannya:-

- Air kelapa pandan atau mawar
- 2 atau 3 cawan ais
- 2 scoop Ice-cream vanilla

Cara-caranya:-

- Blend sume bahan di atas. Hidangkan.

Deep Fry Chicken Chop with Mushroom Sauce

Ramai orang tanyo den macam mano nak buek chicken chop...tak susah sebona nyo, cumo caranyo leceh sikit la...biasonyo ayam tu kito guna tang poho (peha) sbb tang situ isinyo lombut...sonang nk potong..takpo ekau try buek pelahan2 ok...insyaallah jadi punyo...moh kito masak ala omputih.



Bahan-bahan untuk chicken chop:-

- 1 atau 2 peha ayam yang telah dibuang tulang (nk sng boli kt NSK Selayang tu, yang dh siap buang tulang)\
- Tepung gandum untuk saduran
- Breadcrumb (serbuk roti yang warna oren tu)
- 2 biji telur (yg telah digodak siap)
- sedikit garam, lada sulah atau lada hitam.

Cara-caranya:-

1-   Perap ayam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan lada sulah atau lada hitam. Biarkan selama 5 minit.

2-   Setelah perap, sadurkan ayam dengan tepung, kemudian celup dalam telur, selepas itu sadur lagi dengan breadcrumb tadi

3-   Goreng ayam yang telah disadur tadi dengan cara deep fry. Dah masak tu angkat.

Mushroom Sauce

Bahan-bahannya:-

- 5 g bawang putih dan 10 g bawang merah (dicincang halus)
- 100 g cendawan butang (di hiris)
- 0.5 liter stok perang
- 1 atau 2 sudu besar cooking cream
- sedikit minyak atau butter
- garam dan lada sulah

Cara-caranya:

1-  Panaskan minyak atau butter. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

2-  Masukkan cendawan butang, kacau lagi. Kemudian masukkan stok perang dan biarkan mendidih untuk beberapa minit.

3-  Perasakan dengan garam dan lada sulah. Last, masukkan cooking cream untuk pekatkan kuah. Hidangkan dengan chicken chop tadi.

(Reminder: hidang dgn salad dan french fries atau kentang putar)

Asam Padeh Kepalo Ikan

Haaa....ni masakan tradisi minang punyo...tak susah pun nak buek...yang ponting korang mesti kona sumo bahan-bahan eh, kalo tak kona jgk makno nyo ekau ni cetek ilmu dapur...kalo bakal omak mertuo ekau tanyo apo tu asam gelugor lopeh tu ekau buek muko mcm berok bangang tu....alamat eh kensel laaa nk buek monantu...hahaha....gurau yo laa...ala yang ponting laki ekau sayang...tk pndai masak pun dio sayang jgk walaupun terpakso kuar bajet lobih sobab asik sedokah kek kodai mamak tiap2 ari...try2 laa pikat orang dgn air tgn sendiri ek...



Bahan-bahannya:-

- 1 kepala ikan merah (nk lobih pun boleh)
- 1/2 helai daun kunyit
- 2 keping asam gelugor
- 1/2 ibujari lengkuas (di ketuk)
- garam secukupnya
- 2 cawan air

Bahan-bahan untuk dikisar:-

- 10 biji cili merah (nk pakai cili kering pun boleh)
- 6 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 1/2 ibujari halia

Cara-caranya:-

-   Kepala ikan di bersihkan dan ditoskan. Bahan yang telah dikisar tadi masak dengan air.
-   Setelah mendidih masukkan kepala ikan, asam gelugor dan bahan-bahan lain. Kacau hingga mendidih dan pekat. Hidangkan.

Dragon Zapple

Jeng...jeng...jeng, oklah kali ni den nk share satu minuman untuk korang, kalo melantak tu tak longkap kalo takdo air...boto tak??? hahah...kalo tkdo air kompom korang tercokek, nanti sapo yang susah....den jgk..! minuman ni tersangat la sonang nak buek...adik den yg darjah 1 pun buleh buek...asalkan bahan2 nyo sentiaso ado...moh kito mencubo!



Bahan-bahannya:-

- 2 cawan ais (terpulang brapo gantang ko nk lotak)
- 1 botol air karbonat perisa apple (Zapple F&N)
- 1 biji atau 1/2 biji buah naga merah atau putih (di cincang)

Cara-caranya:-

-  Blend ais dengan air zapple then campur dengan buah naga yang di cincang tadi....tapi kalo rase nk blend dgn buah skali pun ikut suke laa....asalkan korang boleh minum.

Nasi Goreng Nanas

Halo..halo..halo dari kopi ke milo!...hahaha....this time kite wat nasi goreng la...yang spesel nya sobab ado noneh (nenas)...try buat tgk...sonang jo!



Bahan-bahannya:-

- 2 ekor sotong (dipotong kecil) atau udang ikut suke
- 75 g pes tomyam
- 1 batang serai (dihiris nipis)
- 3 biji bawang merah (dimayang halus)
- 6 biji cili padi (dihiris nipis)
- 1/2 batang bunga kantan (dihiris nipis)
- 50 g nenas (di hiris nipis)
- 2 helai daun limau purut (dihiris nipis)
- 10 g udang kering
- Garam (ikut citarase masing2)
- Nasi ikut bajet korang la jgn terlebih mcm masak kawah sudah lerr

Cara-caranya:-

1-  Tumiskan bawang merah dan cili padi hingga naik bau.
2-  Masukkan sotong dan pes tomyam.
3-  Masukkan bunga kantan, daun limau purut dan serai. Kemudian masukkan nasi dan gaul hingga rata.
4-  Masukkan hirisan dengan udang kering* (mase menumis tadi kalo rase nak masukkan udang kering skali pun boleh).

Friday, December 3, 2010

Carbonara Sauce (Basic)

Assalamualaikum...hehehe, kali ni Italian menu punye. Ni asas sos carbonara. Caranya tersangat laa simple, bahan2 pun senang nak cari...menu camni mmg sesuai kepada orang2 yg malas nk masak tp nk makan sekadar untuk mengenyangkan perut je...so try la...kalo nk lg sodap bleh tambahkan makanan seafood cam udang, daging or ayam sbg penyedap menu...korang nk tibai ape pun ikut suko la asalkan korang bleh telan hahaha...


Bahan-bahannya:-

- 5g minyak masak
- 50g bawang putih dan bawang merah (di cincang)
- 100g cooking cream
- 100g susu segar (full cream milk)
- 50g cheddar cheese (di hiris halus)

Cara-caranya:-

-   Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau (tumis bawang tu jgn byk2)
-   Masukkan cooking cream dan susu. Masak hingga mendidih.
-   Masukkan cheddar cheese dan kacau sampai masak

(Reminder: Nak tambah bahan lain mcm udang, daging or ayam tu ikut suka la...tapi bahan2 ni untuk 1 person makan...kalo nk buat kuah lebih so kena tambah sukatan je la...lagi satu sos ni bleh di combine kan dengan pelbagai jenis pasta mcm macaroni, fettucini, spegitti dan geng2 sekutunya)

Thursday, December 2, 2010

Ayam Percik Special

Assalamualaikum...haaa ni la resepi yang simple, bagi orang2 yang masih tercari-cari resepi nih, try la wat perlahan2. Insyaallah menjadi...

SOLAMAT MENCUBO YO!


BAHAN-BAHANNYA :-

- 1 ekor ayam (yang di potong 4 bahagian dan di kelar sedikit)

Bahan A (di kisar dengan sedikit air) :-

- 3 batang serai
- 2 inci halia
- 3 biji bawang putih
- 4 biji bawang merah

Bahan B :-

- 1 1/2 cawan air asam jawa pekat
- 7 sudu besar gula (ikut suko ekau lah)
- Garam secukupnya

Bahan C :-

- 6 sudu besar cili kering yang telah di kisar (nak pedas leh tambah lagi) 
- 1 cawan santan pekat


CARA-CARANYA:-

1-     Panaskan kuali dengan minyak (jgn lobih2 kang berlomak), tumiskan bahan A sehingga wangi dan kering. Kemudian masukkan gula, bila kuah agak pekat, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

2-     Setelah mendidih, masukkan ayam dan kacau rata serta tambahkan garam. Biarkan ayam separuh masak. Kemudian masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat.

3-     Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi ke dalam bekas lain. Kacau lagi kuah yang tinggal hingga pekat. Tutup api.

4-     Sekarang bolehlah dibakar ayam tadi sambil curahkan sedikit kuah ke atas ayam. 

(Reminder: Jangan bakar ayam terlalu lama kerana ayam tadi dah separuh masak)